Sunday, March 29, 2015

PERTAMA

Cover pertama-Afdal Publication
Ada yang tanya, di mana karya pertama Hamka tersiar?  

Aku jawab: Dalam surat awek lama.

Woha!

Thursday, October 16, 2014

2020

(Kisah Laki Bini part 769)

Semenjak Proton Iriz dan Produa Axia menjengah pasaran, ramai yang cadangkan kami laki bini tukar kereta lama kami (yang tiada hutang bank tapi masih baik kondusinya) kepada kereta baru.
So di sini kami berikan 'alasan' kenapa kami laki bini belum ada niat nak tukar kereta baru.

Ceritanya begini:

Sekarang dah hujung 2014, tahun depan dah 2015. Jika beli tahun depan dengan hutang 9 tahun, maka kereta tu akan habis bayar pada 2024.

Masalahnya pada tahun 2020, mengikut kepada subjek lukisan waktu sekolah menengah ( tahun 1993) yang aku lukis gambaran tahun 2020, kereta semuanya dah boleh terbang, cikgu siap bagi A sebab lukisan yang cantik dan mungkin cikgu tu merujuk kepada filem hollywood 90-an yang juga gambarkan tahun 2020, (Back to the Future) kereta semua dah boleh terbang.

So bayangkan, jika beli kereta sekarang, masuk tahun 2020, kereta orang semua dah boleh terbang, kereta ‘baru’ aku pulak, sudahlah tak boleh terbang, hutang riba dekat bank ada pulak baki 4 tahun?


Woha!

Monday, July 7, 2014

LUKISAN

(Kisah laki bini part 9)


Beberapa hadiah 'murah' dari isteri semalam bersama note:


ps: Orang berjaya adalah mereka yang besar tapi bahagia dengan perkara kecil, dan orang berjaya juga juga adalah mereka yang kaya tapi bahagia dengan barang yang murah (pesanan abang dulu kepada saya, hihihi)

PSIKIK

(kisah laki bini part 8)

Sedang baca Minda
Aku sakit perut, rasa nak berak

Depan bilik air ada mesin basuh yang sedang terbuka tudungnya dan kelihatan bini aku sedang memasukkan baju

Aku yang terharu kerana jarang dapat menolong beliau membasuh baju telah memeluknya dari belakang dan mencium lehernya..,

Biniiku kegelian lantas memusingkan badannya lalu membalas pelukkan bagi melepaskan penat pada orang yang disayangi.

(Juga penyumbang kepada factor utama kepenatannya..)

“ U tahu tak?, I tahu apa yang ada dalam hati U”

Bini aku tersenyum, dan angkat kening yang bermaksud:

“Jika tahu, apa dia?”

Akupun berkata kata sambil membaca minda biniku:

“Dalam hati U, penuh dengan kecintaan U terhadap I, kasih sayang yang tak berbelah bahagi, kesyukuran pada nikmat tuhan, dan takut kehilangan, kan?”

Biniku menambahkan pelukkan penat lelahnya...

“Cuba U baca minda I, apa ada dalam minda I sekarang?”

Kata aku lagi lalu biniku merenung mataku dan berkata,

“Abang rasa bersalah sebab tak tolong saya buat kerja rumah, betul tak?”

Woha!

Ps: Salah!, sebenarnya abang nak pergi berak!

HADIAH

(Kisah laki bini part 7)


Cuba cari kening Ziana Zain, adohai...

“Bang, selamat hari jadi..”

Kata bini aku setiap tahun, pada 9 hb 8. Jam 12 malam.

“Hadiah?”

Tanya aku lalu bini tutup lampu, dan pasang lagu karoeke..,

kedengaran intro lagu Ziana Zain yang bertajuk: Kekal. Tapi di ubah lirik kepada Cekal..

"Sayang terimalah
Barang yang murah ku belikan
Moga jadi hiasan
Suatu masa
Semoga engkau kan tersenyum
Dapat hadiah murah
Hanya itu
Yang mampu ku beli
Di dalam mimpimu
Laptop baru
Ipad paling latest
Samsung Galaxy Tab
Dengan tak kau sangka
Yang kau mimpi
Semua tak terjadi
Takdir semuanya
Kemiskinan ini
Menyusuli hari
Hidup di dunia
Hanya sementara
Hidup sederhana
Perintah Ilahi
Cekal ia bersama
Serpihan harapan hidup yang fana
Engkau tak menduga
Barang yang murah ku belikan
Mungkin kau terlupa
Ku siapa
Seribu maaf ku pohonkan
Dan selautan sayang
Hanya itu
Yang mampu ku beli..."

Ps: Aku bukak kotak hadiah, senyum dan berkata dalam hati: Tahun depan, hari jadi kau, lagu ini jugak aku akan bagi hadiah bersama barang yang murah-woha!

Thursday, June 26, 2014

LUPA

(Kisah laki bini part 6)

Adik N-sekadar gambar hiasan.
 “abang, saya ada benda nak cakap tadi, tapi lupa pulak”

Keluh bini pada suatu hari, aku diam..

Sambil berkerut kening bini berkata:

“err, saya nak cakap...., ish, apsal boleh lupa pulak?”

Aku selepas diam..

“abang dah tahu!”

Jawab aku selamba.

Bini terkejut dan teruja...

"Abang dah tahu apa yang awak nak bagitahu, awak nak cakap yang awak tak boleh hidup tanpa abang kan? Awak sanggup buat apa saje demi abang kan?, kan? Kan?"

Woha!


Ps: Sejak dari itu, bini dah tak lupa lagi kot, he he he

KEROPOK

(Kisah laki bini part 5)

Saya tunggu Bonda beli Keropok Lekor- woha!

Waktu drive, Bini pesan:

“Abang lepas masuk sempadan Terengganu nanti, ingatkan saya beli keropok lekor ye?”

Aku angguk, satu jam kemudian, aku berhentikan kereta di depan gerai keropok di sempadan Kemaman Terengganu lalu berkata:

“Abang nak ingatkan dua perkara,...”

Bini nampak pelik sebab tadi suruh ingatkan satu perkara sahaja.

“pertama, abang nak ingkatkan, awak cakap nak beli keropok lekor, kedua.., “

Aku telan air liur lalu menyambung:

“...Kedua, abang nak ingatkan, abang sangat sayangkan kamu.”

: )

Ps: Isteri tersenyum gembira lalu sanggup volunteer beli keropok lokor-Woha!